January 2008


Wahai kengkawan sekelian,

Korang pon sedia maklum yang sharlene ni sekarang tengah di war2 kan ilang kat media , sama ada TV, radio , Internet , ISS , mahupon kat mane-mane korang berada cerita nih dah jadi buah mulut orang ramai . Aku pon actually tak tau sangat cerita sal budak ni sampai la semalam tengah2 aku dok tgk TV kuar cita sal sharlene ni yang still tak dapat dijumpai lagi.Walhal satu bala tentera aka polis telah kuar , badan-badan bukan kerajaan pon dah join skali nak cari budak ni tapi still tak dapat jugak.Ape cerita sebenarnya ni?

Tadipon aku baru bukak friendster ada lagi orang heboh2kan cerita tentang sharlene ni.Sebelum tu mai kita usha skit muka si sharlene nih :

Sharlene
Sharlene 2

Jadinya nk ringkaskan cerita korang refer la kat artikel ni :

Sharlinie: Polis buru suspek lelaki Melayu
12/01/2008 5:01pm

Fotofit suspek penculik

PETALING JAYA 12 Jan. – Polis kini
menjuruskan misi memburu seorang suspek
lelaki Melayu yang diyakini sebagai
suspek sama menculik dua budak perempuan
termasuk kes Sharlinie Mohd Nashar yang
hilang tidak jauh dari rumahnya di Taman
Medan di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten
Komisioner Arjunaidi Mohamed memberitahu
berdasarkan keterangan Sharliena iaitu
kakak Sharlinie dan Nur Fatiha Zaidi
yang diculik di taman yang sama tetapi
ditinggalkan di Wangsa Maju tiga jam
kemudian petang Selasa lalu, polis
membuat kesimpulan bahawa kedua-dua
mangsa diculik penjenayah yang sama.

“Kita yakin penculik Nur Fatiha dan
Sharlinie orang yang sama dan usaha
memburu kini difokuskan kepada suspek
dengan lakaran wajah yang diedarkan
polis dan telah disiarkan di media
baru-baru ini.

“Kita meminta orang ramai yang nampak
suspek dengan wajah seperti lakaran
fotofit yang diedarkan agar segera
menghubungi pihak polis secepat
mungkin,” katanya kepada pemberita
dalam sidang akhbar di pejabat di sini
hari ini.

Menurutnya, polis juga kini sedang
mengambil keterangan lanjut daripada
beberapa saksi yang mendakwa ternampak
seorang lelaki Melayu berhampiran lokasi
kejadian dengan muka yang menyerupai
sepenuhnya lakaran wajah suspek pada
hari kehilangan Sharlinie Rabu lalu.

Beliau memberitahu sehingga kini
sejumlah RM17,000 telah ditawarkan oleh
pelbagai pihak termasuk badan-badan
bukan kerajaan (NGO).

P/S: buat pengatahuan korang jumlah RM17,000.00 tu dah di naikkan jadi RM 34,000.00.

Rasa-rasa korang la , ada ke yang dapat carik sedangkan si nurin dulu pn tak dapat2 lagi nk cari?Ha jawb2 jgn tak jwb.Lagi satu , kalau orang yang bagi tau tu kasi tau , mesti confirm kena tanya gila2 mcm mana dia leh jumpa.Tak gitu? ^^

Alhamdulillah , Dengan izin dan rahmat serta barakahnya kita bertemu lagi dengan tahun baru dalam islam iaitu di beri nama awal muharram. Secara sedar tak sedar , kita dah pun masuk ke tahun 1429 hijriah iaitu tahun dalam islam. Bukan ikut kalnedar kita je , iaitu 2008 namun secara tak langsung sepatutnya kita kena tau jugak sedikit sebanyak tentang kalendar islam.Oleh sebab tu ,meh kita tgk dari mana datangnya nama awal muharram ni.


MUHARAM
adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk – makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

KIta jugak dalam melalui tahun baru islam ni , di sunatkan membaca doa awal tahun dan akhir tahun.Yang mana kita ada jugak dengar fadhilah membaca doa ni yang berbunyi :

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata “kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku ?menggoda anak- Adam pada setahun ini dan Allah binasakan ?aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.”

Namun ada jugak perselisihan fahaman tentang hadis ni sebabnya memang menjadi amaln umat islam untuk membaca doa awal dan akhir tahun.Dan hadis ni tak ada sumber yang kukuh dari mana diperolehinya.

Akhirnya kita tgk pada doa awal dan akhir tahun :

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

image

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram

image1

Jadinya sebagai akhir kalam , marilah kita tambahkan amalan dan jugak tambahkan amalan.InsyaAllah bertambah berkat pada setiap amalan kita itu.

Sekian,wsalam